Sunday, August 24, 2008

Penyalahgunaan Dadah

Pengenalan
Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam)

Penerangan
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.
Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri. Asas Saintifik
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.
CERAMAH REMAJA DAN JENAYAH

TANJONG MALIM, 17 APRIL - Pada hari ini sekolah SMK Khir Johari, Tg.Malim didatangi oleh Chief Inspector Mohd.Razif b. Hj.Tahir, Ketua Balai, Balai Polis Tanjong Malim (gambar sebelah). Beliau merupakan Pegawai Perhubungan SMK Khir Johari. Beliau diberi peluang untuk memberikan ceramah kepada para pelajar yang berkaitan dengan 'Jenayah Juvana".
Beliau menggariskan beberapa punca mengapa para remaja terperangkap dengan kes-kes jenayah. Pertama, sistem pendidikan semasa yang terlalu mementingkan aspek kecemerlangan akademik sahaja tanpa mengambil kira kepentingan aspek-aspek yang lain seperti akhlak dan budi pekerti luhur.

Selain daripada itu, menurut beliau, pengaruh rakan sebaya turut mampu menjerumuskan para remaja ke arah kancah yang negatif. Hal ini kerana rakan sebaya dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat kerana rakan-rakan lazimnya tidak akan berkata 'tidak' kepada rakan sebayanya. Apa yang lebih berbahaya ialah, kelompok-kelompok tersebut akan mudah bertindak liar apabila ada desakan-desakan luaran atau dalaman untuk melakukan sesuatu aktiviti jenayah walaupun pada peringkat awalnya hanyalah untuk 'seronok-seronok'. Apabila keadaan tersebut di luar kawalan, harta benda awam lah yang sering menjadi mangsanya.

Perasaan mudah marah apabila dicabar, dimarahi golongan yang lebih dewasa turut menymbang kepada ketaasuban golongan remaja terhadap kelompok atau rakan-rakan 'sekepala' dengan mereka. Lama-kelamaan ia akan membentuk satu kelompok gangster kecil-kecilan. Apabila aktiviti tersebut bergerak 'aktif' ia akan disambut dengan 'tangan terbuka' oleh para gangster yang akan memperalatkan mereka. Tidak dinafikan, masalah remaja di kalangan juvana disebabkan kesibukan ibu bapa mencari nafkah keluarga. Kurangnya kawalan atau pemantauan di kalangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan memungkinkan anak-anak rasa bebas untuk melakkan apa sahaja yang mereka inginkan.

Hal tersebut akan menjadi lebih serius apabila hubungan anak dengan ibu bapa sememangnya tidak baik. Justeru, anak-anak akan lebih selesa berada di luar rumah bersama-sama rakan-rakan 'sekepala' mereka itu. Tekanan berada di dalam rumah akan diluahkan sewaktu berada di luar rumah. Selain daripada itu sifat ingin tahu yang tinggi menyebabkan para remaja cuba 'menguji' pihak berkuasa umpamanya melalui aktiviti vandalisme.

Golongan remaja yang tidak terpimpin hatinya, akibat kurangnya didikan agama gemar bertindak mengikut perasaan berbanding kewarasan akal fikiran. Kesibukan ibu bapa mencari rezki keluarga tidak pula diinsafi malah sebaliknya menjadikan keadaan tersebut sebagai 'tiket' untuk mencari kebebasan murahan
di luar rumah.

Walhal sebenarnya ibu bapa terpaksa berkerja lebih masa kerana ingin memenuhi tuntutan kewangan yang kian meninggi pada masa sekarang. Keadaan tersebut akan menjadi beban kepada ibu bapa apabila golongan remaja mulai terikut-ikut dengan gaya hidup muda-mudi masa kini yang memerlukan biaya yang sangat tinggi.

Kewujudan kafe siber juga tidak dinafikan boleh menyumbang kepada aktiviti jenayah di kalangan remaja. Tanpa kawalan yang tinggi, golongan remaja akan mudah terlibat dalam aktiviti perjudian melalui permainan video interaktif di pusat-pusat kafe siber. Melalui capaian internet yang baik di pusat-pusat kafe siber tersebut memudahkan juga para remaja melayari laman-laman web lucah. Keadaan tersebut akan bertambah-tambah serius apabila diadunkan dengan sifat ingin mencuba yang sentiasa meluap-luap dalam diri para pelajar. Walau apapun, menurut Chief Inspektor Mohd.Razif, golongan remaja jangan berfikiran singkat! Tidak semua remaja yang terlibat dalam kes jenayah hanya dikenakan hukuman dihantar ke Sekolah Henry Gurney, malah ada juga yang disumbatkan ke dalam penjara. Namun, berada di sekolah Henry Gurney sudah cukup mejadikan remaja seperti berada di sebuah penjara. Insaflah wahai remaja.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Chief Inspektor Mohd.Razif atas kesudian beliau memberikan ceramah kepada para pelajar. Diharapkan ia akan memberikan kesedaran kepada para pelajar bahawa sepatutnya mereka adalah aset kepda negara dan bukannya liabiliti yang menjadi beban kepada negara

Friday, June 27, 2008

WhAssuP!!!

Yo,,,im a new blogger...............
please be kind with me...
teach me as much as u can.............
do comment me!!!!!!!!!!!!!